Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 7, 2013

Aktiviti tanam pokok lada

Assalamualaikum.

This time bukan pasal resepi tapi pasal aktiviti saya minggu lepas mengenai bermula nya minat untuk tanam pokok lada di Jepun.

Memang di supermarket Jepun ni tak ada jual lada sebab mereka orang Jepun mana la makan makanan pedas-pedas. Kita orang Malaysia ni memang tak boleh la kalau tak ada lada. Tambahan pula siapa yang minat sambal belacan. Huish! Pantang tu. Hehehe.

Saya terfikir juga di Jepun ini mampu ke pokok lada untuk hidup??

Ermmm, pape pon saya tanam je dulu. Tak tahu la dia nak tumbuh ke idok. hihihihi.

Di Jepun ni senang je, tak payah nak susahkan diri pergi gali tanah ke cari tahi ayam ke untuk buat baja. hahaha. Semua da siap! Siap jual di kedai. hehehe. Hanya bawa duit 500 yen je, anda mampu memiliki barang yang diperlukan untuk menanam segala jenis pokok. Senang kan??

Ok. Bagi saya yang mahu tanam pokok lada ni, memang la amat memerlukan biji lada.

Mana saya dapat? Haaaa... Konfem la dari Malaysia ku tercinta! hahaha

Mak mentua saya sangat baik hati sebab bagi 1kilo lada merah terus untuk bawa ke Jepun masa balik cuti musim bunga yang bulan lepas. So, balik sini hari tu terus buat sambal belacan.

Tapi masih ada lebih. SEKILO kot! haha. Memang banyak sangat..still lagi ada banyak dalam peti ais tu even da bagi kat kawan-kawan. Lama-lama konfem la rosak dan lembik dan buruk kan?

Jadi nya tu la yang tiba-tiba je nak tanam pokok supaya tak ada la nanti nak bawa dari Malaysia dan ulang lagi pembaziran lada tu. SAY NO TO MEMBAZIR! haha.

So, lets check it out!

Saya beli sume barang-barang ni di kedai DAISO. Kalau tak silap kat Malaysia pon da ada DAISO kan? Senang keje. hihihi.

Ni kat DAISO ni siap ada soil for vegetables lagi. Dengan harga 105yen. MURAH & SENANG!

Ni pulak manure of vegetables. Sebenarnya saya tak pasti benda ni apa. Tapi buat je macam arahan di belakang plastik ni. HAHAHA! 
Harga ni pun 105yen.

Ni pencedok(?) pasir. Ini juga 105yen.

Ni memang konfem perlu! Semua tahu kan benda ni apa. Ini juga harga 105yen.

Ni biji lada yang telah siap dikeluarkan dari buah dia. Ni tak ada harga. HEHEHE.

Total semua barang yang diperlukan hanyalah 420yen. Tengok still ada balance duit 500yen tadi. 

JIMAT kan?

TADA! Ini la hasil gaulan pasir dan baja tadi. 



So lepas ini kerja nya kena SABAR dan SIRAM je setiap hari. 
Da USAHA jadi kita TAWAQAL. 

Maybe hasilnya paling cepat 1 bulan kot ek?

Nanti kita tengok hasilnya. ^_^

Posted by,
PLUS(+)


No comments:

Post a Comment