Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 26, 2013

Moist Chocolate-cheese layered cake

Assalamualaikum.

Kek ini saya buat sebenarnya sempena majlis Reunion batch husband saya minggu lepas di rumah kawan dia. Pagi-pagi lagi da buat kek ni sebabnya kul 2 tu ada tournament boling di Starlanes Takao. Sebenarnya diri ini bukan lah pandai sangat nak main boling. Hehehe. Tapi sebab nak join tournament boling tu tak perlu bayar apa-apa kan. So, apa lagi, memang ambil la kesempatan tu untuk main boling suka-suka dengan kawan-kawan. Oh! tournament tu hanyalah untuk pelajar negara luar. Mostly, budak Malaysia je yang join tournament tu sebabnya rumah junior kami tu belakang Starlanes tu je, so memang cepat je tahu pasal tournament tu dan memang setiap tahun Starlanes tu adakan tournament mcm ni.

Eh, bercerita pasal tournament boling pulak. Sori le. hehe

Ok. KEK!

Mana kek???

Disini!

Jom kita tengok resepi dia.

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp air
  • 1tbsp tepung gandum
Cara-cara:
  1. Putar cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.
  3. Pukul lagi dan gaul sebati.
  4. Biarkan sebentar.
Bahan B(Kek):
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 tsp esen vanila
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 tbsp serbuk koko (saya guna jenama Van Houten)
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp baking powder(bahan bertanda * perlu diayak)
Cara-cara:
  1. Pukul telur didalam bekas lain sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang telah diayak. (bahan bertanda *)
  5. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian. (kiranya ada 2 adunan)
Cara memasak:
  1. Panaskan kukusan dan balut penutup kukusan dengan tuala/kain. Guna api sederhana shj.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga kek masak.
  6. Selepas kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.
DONE!

SELAMAT MENCUBA!

Posted by,
PLUS(+)

No comments:

Post a Comment